Saturday, 5 November 2016

Siaran LIVE Terkini

#LIKE PAGE https://www.facebook.com/PedasFm/
📻 RADIO PEDAS FM RAKAN PENYIAR 📻
📣 PIDATO PAKATAN HARAPAN
📝 PELANCARAN PUSAT PEDULI RAKYAT SELANGOR
👳 KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN.
📆 06 NOVEMBER 2016 (AHAD )
9.00 MLM
🔊DENGARKAN KAMI MELALUI APPs YG DIBERI
1) Laman Web (komputer atau handphone)
http://dpedasfm.blogspot.my/?m=0
http://pedasfm.blogspot.my/?m=0
2) Aplikasi Tune In (komputer atau handphone)
http://tun.in/sfada ( set as Favourite )
3)Aplikasi Malaysia Radio ( handphone sahaja)
https://play.google.com/store/apps/details
https:// www.twitter
#VIRALKAN
#SEBARKAN

Tuesday, 20 September 2016

Sambutan 1 Tahun AMANAH

Jika Setahun yang lalu Pedas FM menyiarkan program secara Langsung dari Bakri Muar Johor bagi program berkumpulnya Pejuang pejuang Pas yang menghabiskan usia mereka didalam gerakan Islam yg dikenali sebagai PAS .Himpunan Terbuang Namun Terbilang menyaksikan otai otai yg diberi nama G18 yang memberi nafas dan kegemilangan kepada PAS namun mencatat sejarah  disisihkan dalam Muktamar pemilihan yg menyaksikan 1001 cerita dan kisah . diantaranya paling mencatat sejarah kali pertama jawatan president ditandingi dan kisah kepada mengapa perlu ditandingi sebagai usaha untuk menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat. menyaksikan pertembungan 2 golongan yang mengaku golongan  ULAMA dan melabelkan satu lagi pihak sebagai Anwarinas, Erdogan , Jebon, Sekular ,Pluralisme, Profesional dll.. pertembungan yg mencatatkan bagaimana rakaman dihari pengundian kertas kertas "cai dijelmakan .. di sinilah himpunan suara akar umbi dihimpunkan dari selatan hingga membawa kepada tertubuhnya
 PARTI AMANAH NEGARA.

saksikan kemeriahan sambutan ulantahun ini yg akan disiarkan secara langsung melalui radio Internet DPEDAS FM . JUMPA DI SINI

Saturday, 25 June 2016

PA SISTEM UNTUK DISEWA

PERKHIDMATAN SEWA PA SISTEM UTK SEBARANG MAJLIS DENGAN HARGA YG AMAT BERPATUTAN UTK SAHABAT² PENDENGAR RADIO INTERNET PEDAS FM, SAHABAT DARI PARTI AMANAH, PKR ,DAP DAN PENYOKONG PAKATAN HARAPAN SAHAJA.
BERMINAT BOLEH CALL ATAU WHATSAPP 011-33410560 (dj ina).
‪#‎PERCUMA‬ - SIARAN LIVE DI RADIO INTERNET PEDAS FM

Thursday, 19 May 2016

Majlis Makan Malam AMANAH SELANGOR

 



LIVE STREAMING RADIO

MOVE FORWARD BERSAMA DATO HUSAM MUSA. 

 21.05.2016

 HANYA DIRADIO PEDAS FM.

✔✔
like page rasmi pedas fm:-
https://m.facebook.com/dpedasfm/

📻📻
cara mudah dengar pedas fm :-
http://dpedasfm.blogspot.my/?m=0
📻📻
listening Pedas FM with TuneIn.
http://tun.in/sfada
📻📻
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pedasfm.radio

#VIRALKAN

Monday, 28 December 2015

Titisan Airmata Jantan Di Bumi SIK Kedah







Titisan Air mata Jantan di Bumi Sik

Assalamualaikum kepada semua. Entry Penutup Tirai 2015, Beberapa hari yang lalu saya dan keluarga ke utara, tujuan asal adalah utuk berubat namun apabila kenalan kami dan juga pendengar dpedasfm ada membuat misi bantuan kepada asnaf di kawasan sik kedah kami ambil kesempatan untuk turut serta seketika. Asalnya memang saya tiada perancangan nak ikut, namun ada sedikit kiriman utk anak anak asnaf yg ingin saya kirim kepada Ayah Harun jadi semasa ayah harun singgah ke rumah untuk mengambil barangan yg dikirimkan dari situ lah saya teruja nak ikut sekali ,Ayah harun jalan dulu dengan anak bujangnya Boy yang comel dan handsome. Kami bergerak keesokan harinya kerana saya perlu menyiapkan tempahan “popcheese “dari pelanggan .
Awal pagi itu kami mulakan perjalanan dan setelah selesai penghantaran bermulalah misi kami ke utara. Kami sampai di sik jam 8 malam. Terus ke pejabat Amanah kawasan Sik .Rezeki kami langkah kanan disambut oleh saudara Leman rajalawak  kini lebih senang dikenali sebagai Leman Rajalawan . malam itu saudara leman ,ayah harun dan lain lain gang Amanah sik buat bbq.. sempoi kami pun bantu perap ayam..yang gang lelaki bakar ayam. Di sini juga kami kenal dgn cikgu Rashid, beliau ada resort di sik. Kebetulan beliau juga dengar dpedas fm.lepas makan kami dibawa lawat ke resort beliau iaitu D’puncak Beris Resort, jadi kalau anda nak berkunjung ke Sik bolehlah menginap disini .
Aktiviti  bermula jam 10 pagi iaitu membawa keluarga yang yang layak bersama anak mereka untuk shopping pakaian sekolah. Mereka dikumpulkan di kedai menjual pakaian sekolah di pekan lama sik kedah. Berbunga bunga hati anak anak ini ketika mencuba pakaian baru.dan saya sebak melihat kaum bapa yg wajah mereka memberi 1000 pengertian dan terpancar kelegaan dan kesyukuran kerana  bantuan ini meringkankan beban mereka untuk persediaan anak anak kesekolah. Bila baca ini jangan lah ada yang mengutuk mereka tidak berkemampuan.mereka bekerja sebagai penoreh getah, ada pulak bukan tanah sendiri, upah terpaksa dibahagi 2 bersama tuan tanah. Dengan harga getah yang murah harga barang yang meningkat  mmg mereka tidak mampu . sebak juga bila berbual ada yg berbisik mereka mmg tiada waima rm1 dalam poket dan masih memikirkan bagaimana dgn yuran persekolahan dan berkali kali mengucapkan terima kasih atas pemberian pakaian sekolah buat anak mereka.
Selepas selesai pembelian mereka dikumpulkan pula di pejabat amanah sik untuk sesi pemberian beg sekolah serta peralatan tulis dan ada sedikit jamuan makan untuk mereka.
ayie bagi kawan kawan goodies ...ada jajan didalam  #popcheese, marshmellow ,coklat dan lain lain
seronok makan jajan

blh zoom, licin sampai ke tulang adik ni menikmati rezeki yang dikongsikan .
Ayah harun layan kanak kanak comel ini
ketika jamuan diberikan sekali lagi siapa yang berada disini pasti terasa kenikmatan yang mereka rasa ketika menikmati nasi tomato bersama ayam masak merah.jika kita merasakan menu itu biasa biasa sahaja..adakala kita merungut jemu dgn sajian harian kita , mereka ini yang memang jarang untuk menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat. Ayah harun ada cerita pada saya keperluan yang mereka inginkan ialah garam ..pelik tak bunyinya mereka bersyukur jika kita bagi garam .. Allahuakbar
kasih sayang bapa dan anak anak
ketika sibuk mengambil gambar mereka mata saya terpaut dengan seorang kanak kanak ini,lama saya perhati begitu asyik dia menikmati ayam ..dan sebelah tangan dia pegang tulang ayam yang dah licin dan masih lagi menjilat tulang tersebut untuk menikmati rasa ayam itu..hati saya sebak yang ini tak boleh tahan saya stop masuk ke dalam pejabat ..sedar x sedar airmata gugur walaupun saya cuba tahan dari program awal tadi, saya juga pernah susah , pernah tinggal di kampong selepas arwah ayah berhenti askar,dengan adik beradik ramai  tinggal di kampong dan ayah  membuat kerja kerja kampong, namun bentuk ekonomi dan pekerjaan kampong di tempat saya dulu masih membolehkan saya dan keluarga menikmati makanan seperti udang galah, ketam ikan segar dan sebagainya  sbb kampong saya dekat dengan laut dan juga masih blh buat kerja pertanian selain saya juga sering mencari duit poket sendiri dengan menjual pucuk paku, disekolah pula saya boleh jual kacang pedas utk djual kepada rakan dan guru dan guru saya ketika itu memang tidak marah saya menjual di sekolah.begitu juga bila tiba musim buka sekolah belum pernah lagi saya terasa keadaan begitu. Jadi sesusah saya dulu rupanya masih ada lagi yang lebih susah dari kami itu yang membuatkankan deraian airmata gugur… lagi saya tak tahan ada abang ni datang bersama 3 orang anaknya… saya turut memerhati mereka sekerluarga. Terasa kasih antara mereka. Si ayah mengajar anak berkasih sayang ketika menikmati rezeki.si kakak menyuap makanan kepada si adik  dengan kasih  dan kegembiraan mereka menikmati makanan tersebut.Dan saya perhati abang ni tak makan makanan dia, mungkin ingin dibawa pulang dikongsi bersama isteri dirumah pula. Abang ni pendiam orangnya, ketika memerhati gerak geri mereka sekeluarga hati mmg sebak.
Rupanya bukan hati wanita saya yang tersentuh…ada airmata jantan yang berguguran dibumi sik ini… ini belum lagi kami meneruskan misi ziarah ke rumah untuk menyampaikan bantuan curi curi mereka lindungi kesedihan dari titisan airmata mereka yang gugur. 

Yang menarik  dalam misi bantuan kali ini juga ialah tanpa mengira fahaman politik, yang menerima bantuan bukan saja ahli amanah,ada yang tidak mengambil tahu hal politik, ada yang penyokong tegar umno ada ahli pas tapi mereka tidak merasakan program yang dianjurkan ini adalah program politik dan sememangnya bukan program politik. Semua yang datang tiada ketakutan atau kebencian dalam politik kepartian.itulah moto AMANAH dan di sik mereka berteraskan KEBAJIKAN BERTERUSAN, bantuan perlu disampaikan tidak kira pada siapa tidak kira parti mana. Bukan itu sahaja penyumbang penyumbang juga bercampur campur fahaman politik . janji kita semua #berkongsipahala dalam kerja kerja kebajikan.
Selesai program tengahari selepas solat zohor bermulalah kami ikut masuk kampong untuk misi ziarah dan memberi bantuan serta mengambil tahu masalah kehidupan mereka.Leman siap pesan kali ni jangan nangis tahan sehabis boleh...
Rumah pertama kami kunjungi  Rumah ini ada masalah perparitan yang dibuat satu pihak kemudian tidak disempurnakan ,masalah bila hujan rumah keluarga ini akan ditenggelami air. Begitu juga dgn bau dan sistem aliran yang membelenggu mereka sekeluarga. Turut bersama kami ialah seorang wartawan dari sebuah akhbar.semoga misi wartawan itu dapat membantu selesaikan masalah keluarga ini setelah sekian lama.
nampak tak sistem perparitan yang dibina separuh jalan dan tidak sempurna akhirnya menyusahkan penduduk
Rumah ke dua pula kami singgah ke rumah seorang pakcik yang sakit, namun ketakutan utk ke hospital.sesi pujukan bermula.insyaAllah beliau setuju ke hospital dengan syarat doctor tidak akan buat apa apa pembedahan ke atas beliau. Rumah beliau juga uzur. Tiada tandas .dan nah ini lah keadaan tandas yang mereka guna untuk mandi.dan difahamkam sumber air adalah dari bukit, boleh bayangkan atau tidak kehidupan mereka.

Rumah ke 3 yang kami pergi agak jauh dan rumah ini berasal dari reban ayam.dan anda boleh nilai sendiri bagaimana kehidupan yang terpaksa dilalui sehari hari. tanya pada diri sendiri sanggup atau tidak lalui kehidupan seperti ini. Bersyukur kerana kita masih baik berbanding orang lain. 
En daman pandai buat dan ukir ulu parang, jadi peminat parang bolehlah tempah ulu parang dgn ukiran dari en daman.caranya anda ambil kertas letak parang yang dibuat ulu dan sarungnya tekap dan lukis. hantar kertas tekap itu kepada saudara leman, berserta depositnya sekali. bantu lah en daman dgn cara tempah ulu parang dang sarungya, itu dapat membantu memulihkan ekonomi keluarga en daman sekeluarga


inilah keadaan sebenar mereka , tempat tidur mereka


hari tersebut kami hanya sempat ziarah beberapa rumah. ada lagi yang memerlukan peruntukan untuk pakaian sekolah anak-anak, jadi anda semua bolehlah berhubung dengan saudara leman untuk menghulurkan bantuan sebelum sesi persekolahan dibuka. 

kesimpulan dari misi ziarah ini,,nak tgk org susah nak bantu org susah x perlu keluar negara... datanglah ke bumi sik

itupun menurut saudara leman rumah yang kami ziarah ni  belum masuk lagi perkampungan yang lebih teruk jalan dan likunnya serta keadaan kehidupannya... jika yang sempat kami ziarah inipun Allahuakbartak dapat bayangkan jika kita yang berada dalam situasi mereka. bagaimana mereka terima ujian dari Allah SWT. Namun dalam kesusahan ini budi bahasa mereka sangat tinggi, walaupun sukar mereka masih lagi mempelawa untuk kita duduk dan nak bentang tikar jamu dan bancuh air kopi. kami terpaksa menolak bukan kerana tidak sudi namun kerana kena kejar masa untuk berkunjung ke rumah yang lain .


ada lagi gambar gambar yang tak dapat saya paparkan disini. blh tgk di galeri fb dpedas fm. Dan mereka masih lagi memerlukan segala jenis bentuk bantuan.jika anda nak turut serta hubungi kami dan insyaAllah raya Korban nanti Dpedas akan menganjurkan di Sik setakat ini 7 bahagaian telah pebuh,jika anada berminat boleh whatsapp cikta 01133440479




Friday, 2 October 2015

Save the date. Jangan lupa nantikan.Apa Kata Mereka?

FORUM :- AGAMA & BANGSA SIAPA KHIANAT SIAPA.

Ahli Panel :-
(1)Hj Razman Zakaria. -Pesuruhjaya Pas Perak.

(2)Dato Seri Nizar Jamaludin - Ketua Pembangkang DUN Perak.

Moderator :- Saudara Izzudin -NGO wacana

Tarikh :-20/10/2015
waktu :- 8.30 mlm
lokasi :- Hotel di Taiping

Anjuran :radio internet dpedasfm

kami memerlukan dana utk majlis dpt dijayakan .sumbangan dialu alukan bagi menjayakan forum pertama anjuran dpedas fm.

Anggaran kasar RM 5000


SEMUA SUMBANGAN BOLEH DIBANK IN KE AKAUN ROZITA BINTI HARON.
MBB - 162106494609
CIMB - 8600567741

whatsapp:-0183758320
call -01133440479
@ djina 01133410560


Jazakallahu Khairan.

updated:-
senarai penyumbang forum
1.en azmi -rm10
2.puan sal -rm10
3.salmima-rm10
4.ainor -rm10
5.zairy-rm10
6.najib-rm50
7.amal one- rm10
8.Aboy - rm5
9.pn normah - rm300
10.en jamali-rm50