Wednesday 18 March 2015

Malam bacaan puisi

Peminat seni politik jom Turun . .orang seni menzahirkan rasa mereka bagi persoalan isu nasional melalui Kata Kata puitis yang penuh mendalam. Ayuh beramai ramai Ke madrasah seni.yang jauh seperti biasa dengarkan secara langsung di radio internet dpedas fm.

Wednesday 11 March 2015

Ruang seindah bahasa - koleksi madrasah seni

Pejuang Dan Perjuangan

Kau, aku, kami , kita
Adalah pejuang
Tergantung kepada apa yang dijuangkan
Terlihat kepada apa yang ditegakkan
Ada yang benar perjuangannya
Ada yang tersasar dari tujuannya.

Semua
Adalah pejuang
Kerana kita adalah khalifah
Hamba Tuhan
Jangan semua persiakan
Kesempatan Tuhan
Dalam perjuangan.

Ayuh semua!
Luruskan perjuangan
Betulkan matlamat dan iltizam
Sucikan niat
Bukan kerana harta, pangkat dan kekayaan
Tapi untuk sebuah kebenaran
Untuk keredhaan Tuhan.

Hassuna Abdul Rahman
11032015:2337