Sunday 21 July 2013

Banduan diPenjara Bakal jadi Deposit Tetap BN utk kekal kuasa??

Satu lagi saluran undian yang bakal diwujudkan kerana KDN sedang mengkaji mekanisme untuk membenarkan banduan di dalam penjara boleh mengundi dan menunaikan hak dan tanggungjawab seperti orang biasa ,ini dinyatakan oleh Menteri KDN Dato Ahmad Zahid Hamidi di Besut kuala Terengganu.. beliau berkata antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah SPR untuk membenarkan banduan mengundi. "Jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih dari tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan. "Atau mereka juga boleh undi awal di kawasan yang telah mereka mendaftar sebagai pengundi. Banduan juga ada hak untuk mendaftar kali pertama sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bersama masyarakat di Kampung Gertak Seratus di sini, Ahad. Menurutnya ketika ini terdapat 35,000 banduan di seluruh negara dengan 48 peratus menjalani hukuman kerana dadah. Ahmad Zahid berkata, 170 orang kena pengawasan (OKP) layak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini. Beliau menarik perhatian bahawa rata-rata OKP akan mengundi untuk kali pertama memandangkan sebelum ini mereka tidak mengambil peduli untuk menunaikan tanggungjawab mereka itu. "Terima kasih kepada Skuad 1Malaysia AADK yang memantau, mengajak mereka untuk datang tunaikan hak mereka," katanya. Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan akan berhadapan calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan. Kuala Besut mempunyai 17,683 pemilih berdaftar dan kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. jika ini benar benar terjadi mari kita sama sama fikir ..siapakah yang akan diundi oleh banduan banduan ini...apakah mereka akan menjadi undi tambahan kepada BN seperti yang sedia maklum akan fenomena undi dari tentera atau polis ini memihak kepada siapa.. dan bagaimana pula maklumat kempen mengenai manifesto parti bertanding sampai kepada org dalam kurungan ini yang mmg tiada hak untuk mendapat maklumat yang adil atas faktor halangan tirai besi..dan sudah tentu parti lawan tidak dibenarkan berceramah utk bentang manifesto kepada banduan banduan ini dalam penjara.. atau akan ada ayat dari menteri atau org BN.."syukurlah masih diberi makan minum oleh kerajaan bukan PR bagi makan minum sepanjang dalam penjara jadi mesti tahu berterima kasih kepada kerajaan BN dgn undi BN...atau terdesak sangatkah BN untuk menambah undi..kini banduan pula jadi pilihan??? dan saya masih memikirkan relevankah undi mereka untuk pilihanraya??

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Pedas Anda Di Sini