Friday 31 October 2014

Pengisian baru strategi baru. .Dpedas FM

Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat membuat sedikit coretan setelah lama tidak terisi di ruangan ini. Mengikuti gelombang politik tanahair semua parti dilanda gelora. Bukan senang mengurus perbezaan pendapat lantaran ada la kocakan. Namun pejuang dan pemimpin masih lagi boleh duduk semeja bergelak tawa.itu biasa dalam parti. Namun berbeza dgn kita di bawahan ini, ada yg bertindak gangster tidak semena mena kerana mungkin rasa sangat kuat berbanding org lain. Ada yang jumpa pintu depan keluar pintu belakang. Satu gang tp lain idealogi lantaran ada la cerita cerita kurang enak didengar. .biasalah selagi bernama manusia. . Apapupun akhirnya penentuan halatuju itu kita sendiri tentukan.baik buruk adalah pilihan sendiri. Kalau bercakap soal organisasi dpedas tidak terlepas dari itu. Kini saya maklumkan penarikan diri dj dj yang ada dalam dpedas. Yang kekal bersama dj roy ialah dj one dari konti kijal , kemaman .walaupun beliau akan bersiaran 2 minggu sebulan kerana tuntutan kerja. Yang lain Mereka memilih perjuangan sendiri, ada yg membuka sendiri, ada yang kerana kekangan masa atas faktor kerja dan sebagainya. Semakin rancak dunia penyiaran online. (bukan ditendang ya mereka sendiri mengundur diri , jika ada dakwaan mereka ditendang dari pihak pengurusan dpedas itu adalah cerita tidak berasas sama sekali. ) semua bukti pengunduran ada disimpan rapi. saya mewakili pengurusan dan warga dpedas mengucapkan selamat maju jaya kepada semuanya atas khidmat bakti mereka walaupun ada yg hanya bernama dj tp bersiaran sesekali. Malah ada juga yg tidak dikenali oleh pendengar pendengar. Itu bukan satu masalah.selagi pernah bertugas maka Itu adalah sumbangan mereka kepada semua pendengar dpedas fm. Walaupun dilihat kecil besar maknanya kepada mereka yg dahagakan maklumat dan ilmu semasa. Perkara biasa sesebuah organisasi pekerjanya datang dan pergi. Siapa yang faham kaedah organisasi terutama pernah didalam dunia korporat pasti sedia maklum hal ini. Namun jika ada yang ingin melihat dgn pengunduran dj dj adalah satu petanda untuk menghancurkan dan menguburkan dpedas itu adalah angan angan . .selagi nyawa dikandung badan kami akan terus berjuang sedaya mungkin dengan cara sihat.cara dan permainan kotor bukan sifat kami. Hanya mgkn berkubur jika kami dijemput ilahi. . . Fitnah dan cerita rekaan ini sudah biasa kami hadapi dari awal kemunculan dpedas. Sudah sebati utk dihadapi. Biarlah apa sahaja kata kata manusia yang pasti Allah menilai setiap apa yg kita lakukan. Walau ada yang terikut rentak permainan syaitan yang suka akan kehancuran dan pengkhianatan semua pun atas fikiran dan tindakan serta pilihan masing masing. KINI dpedas akan kembali kepada format asal sbg suara revolusi rakyat malaysia dan membawa Teguran kepada semua . Betul atau salah pendengar budiman yang tentukan.tugasan kami menyampaikan pandangan mengikut fakta tertentu. Kini visi baru iaitu Syukuri persamaan, raikan perbezaan, kukuhkan persaudaraan . .bersama dpedas fm . Kami sedang merangka untuk memperkemaskan dpedas fm supaya menjadi media yang berkesan dan bermanfaat kepada semua serta bercita cita untuk memberi imej korporat dari segi pengurusan, penyampaian, dan peralatan dan kemudahan kepada dj dj. Jadi siapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari warga dpedas fm. Tunggu pengumuman akan datang. Stay tune .

Iklas dari Cikta
Pengurus dan pemilik dpedas fm.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Pedas Anda Di Sini