Titisan Air mata Jantan di Bumi Sik
Assalamualaikum kepada semua.
Entry Penutup Tirai 2015, Beberapa hari yang lalu saya dan keluarga ke utara,
tujuan asal adalah utuk berubat namun apabila kenalan kami dan juga pendengar
dpedasfm ada membuat misi bantuan kepada asnaf di kawasan sik kedah kami ambil
kesempatan untuk turut serta seketika. Asalnya memang saya tiada perancangan
nak ikut, namun ada sedikit kiriman utk anak anak asnaf yg ingin saya kirim
kepada Ayah Harun jadi semasa ayah harun singgah ke rumah untuk mengambil
barangan yg dikirimkan dari situ lah saya teruja nak ikut sekali ,Ayah harun
jalan dulu dengan anak bujangnya Boy yang comel dan handsome. Kami bergerak
keesokan harinya kerana saya perlu menyiapkan tempahan “popcheese “dari pelanggan
.
Awal pagi itu kami mulakan
perjalanan dan setelah selesai penghantaran bermulalah misi kami ke utara. Kami
sampai di sik jam 8 malam. Terus ke pejabat Amanah kawasan Sik .Rezeki kami
langkah kanan disambut oleh saudara Leman rajalawak kini lebih senang dikenali sebagai Leman Rajalawan
. malam itu saudara leman ,ayah harun dan lain lain gang Amanah sik buat bbq..
sempoi kami pun bantu perap ayam..yang gang lelaki bakar ayam. Di sini juga
kami kenal dgn cikgu Rashid, beliau ada resort di sik. Kebetulan beliau juga
dengar dpedas fm.lepas makan kami dibawa lawat ke resort beliau iaitu D’puncak
Beris Resort, jadi kalau anda nak berkunjung ke Sik bolehlah menginap disini .
Selepas selesai pembelian mereka
dikumpulkan pula di pejabat amanah sik untuk sesi pemberian beg sekolah serta
peralatan tulis dan ada sedikit jamuan makan untuk mereka.
seronok makan jajan |
blh zoom, licin sampai ke tulang adik ni menikmati rezeki yang dikongsikan . |
Ayah harun layan kanak kanak comel ini |
kasih sayang bapa dan anak anak |
Rupanya bukan hati wanita saya
yang tersentuh…ada airmata jantan yang berguguran dibumi sik ini… ini belum
lagi kami meneruskan misi ziarah ke rumah untuk menyampaikan bantuan curi curi mereka lindungi kesedihan dari titisan airmata mereka yang gugur.
Yang menarik dalam misi bantuan
kali ini juga ialah tanpa mengira fahaman politik, yang menerima bantuan bukan saja ahli
amanah,ada yang tidak mengambil tahu hal politik, ada yang penyokong tegar umno
ada ahli pas tapi mereka tidak merasakan program yang dianjurkan ini adalah
program politik dan sememangnya bukan program politik. Semua yang datang tiada ketakutan atau kebencian dalam politik
kepartian.itulah moto AMANAH dan di sik mereka berteraskan KEBAJIKAN BERTERUSAN, bantuan perlu disampaikan tidak kira
pada siapa tidak kira parti mana. Bukan itu sahaja penyumbang penyumbang juga
bercampur campur fahaman politik . janji kita semua #berkongsipahala dalam
kerja kerja kebajikan.
Selesai program tengahari selepas
solat zohor bermulalah kami ikut masuk kampong untuk misi ziarah dan memberi
bantuan serta mengambil tahu masalah kehidupan mereka.Leman siap pesan kali ni jangan nangis tahan sehabis boleh...
Rumah pertama kami kunjungi Rumah ini ada masalah perparitan yang dibuat
satu pihak kemudian tidak disempurnakan ,masalah bila hujan rumah keluarga ini
akan ditenggelami air. Begitu juga dgn bau dan sistem aliran yang membelenggu
mereka sekeluarga. Turut bersama kami ialah seorang wartawan dari sebuah
akhbar.semoga misi wartawan itu dapat membantu selesaikan masalah keluarga ini
setelah sekian lama.
nampak tak sistem perparitan yang dibina separuh jalan dan tidak sempurna akhirnya menyusahkan penduduk |
Rumah ke 3 yang kami pergi agak jauh dan rumah ini berasal dari reban ayam.dan anda boleh nilai sendiri bagaimana kehidupan yang terpaksa dilalui sehari hari. tanya pada diri sendiri sanggup atau tidak lalui kehidupan seperti ini. Bersyukur kerana kita masih baik berbanding orang lain.
En daman pandai buat dan ukir ulu parang, jadi peminat parang bolehlah tempah ulu parang dgn ukiran dari en daman.caranya anda ambil kertas letak parang yang dibuat ulu dan sarungnya tekap dan lukis. hantar kertas tekap itu kepada saudara leman, berserta depositnya sekali. bantu lah en daman dgn cara tempah ulu parang dang sarungya, itu dapat membantu memulihkan ekonomi keluarga en daman sekeluarga
inilah keadaan sebenar mereka , tempat tidur mereka |
hari tersebut kami hanya sempat ziarah beberapa rumah. ada lagi yang memerlukan peruntukan untuk pakaian sekolah anak-anak, jadi anda semua bolehlah berhubung dengan saudara leman untuk menghulurkan bantuan sebelum sesi persekolahan dibuka.
kesimpulan dari misi ziarah ini,,nak tgk org susah nak bantu org susah x perlu keluar negara... datanglah ke bumi sik
itupun menurut saudara leman rumah yang kami ziarah ni belum masuk lagi perkampungan yang lebih teruk jalan dan likunnya serta keadaan kehidupannya... jika yang sempat kami ziarah inipun Allahuakbartak dapat bayangkan jika kita yang berada dalam situasi mereka. bagaimana mereka terima ujian dari Allah SWT. Namun dalam kesusahan ini budi bahasa mereka sangat tinggi, walaupun sukar mereka masih lagi mempelawa untuk kita duduk dan nak bentang tikar jamu dan bancuh air kopi. kami terpaksa menolak bukan kerana tidak sudi namun kerana kena kejar masa untuk berkunjung ke rumah yang lain .
ada lagi gambar gambar yang tak dapat saya paparkan disini. blh tgk di galeri fb dpedas fm. Dan mereka masih lagi memerlukan segala jenis bentuk bantuan.jika anda nak turut serta hubungi kami dan insyaAllah raya Korban nanti Dpedas akan menganjurkan di Sik setakat ini 7 bahagaian telah pebuh,jika anada berminat boleh whatsapp cikta 01133440479
ada lagi gambar gambar yang tak dapat saya paparkan disini. blh tgk di galeri fb dpedas fm. Dan mereka masih lagi memerlukan segala jenis bentuk bantuan.jika anda nak turut serta hubungi kami dan insyaAllah raya Korban nanti Dpedas akan menganjurkan di Sik setakat ini 7 bahagaian telah pebuh,jika anada berminat boleh whatsapp cikta 01133440479
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Pedas Anda Di Sini