Tuesday, 8 October 2013

Siaran Langsung Laporan Audit Negara 2012... sila sebarkan

Sekali lagi Dpedas FM akan membawakan secara ekslusif ulasan dari Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan 2 panelis hebat jangan lupa dengarkan dan saksikan ..yang terbaik dari Dpedas FM Suara Revolusi Rakyat Malaysia

Sunday, 8 September 2013

Jualan Baju T-shirt Dpedas FM

Assalamualaikum... Pendengar yang budiman yang berminat untuk dapatkan baju T shirt keluaran Dpedas FM ini boleh lah hubungi Dj bertugas atau pengurusan Dpedas FM melalui Dj Bertugas spt DjFIq , Dj Hambali, Dj Roy caranya : sms- 0192076063 Nama anda, alamat, size, kuantiti .

Nantikan Siaran Langsung ini ..hanya Dpedas FM

Monday, 2 September 2013

Dua Puluh Sen je..bukan banyak pun :)

Assalamualaikum... Seperti yang dijangka ada lagi kejutan oleh Pm Najib kepada rakyat tercinta.. Minyak hari ini dengan rasminya dah naik RM0.20 sen.. wall di fb rata2 menzahirkan kemarahan dan kekecewaan dgn kenaikan kali ini.. Tahniah kepada rakyat Malaysia hadiah kemerdekaan ke 56 yang paling bernilai.. dengan ini kerajaan akan jimat RM 1.1 BILLION hasil pengurangan subsidi.. apo nak dikato ada yang offer minyak turun org "kita" ramai menolak.. katanya nanti Malaysia Bangkrap.. org "kita lebih rela diri sendiri bangkrap dari negara bangkrap.. syukur Malaysia masih aman tanpa "jenayah" kalau ada pun semua silap sendiri..terjun bangunan, letup diri ,tembak menembak semua suka-suka sbb untuk diri sendiri kannnnn.. bersedia lagi PM najib nak umum lagi SURPRISEEEE!!!!

Monday, 26 August 2013

INFO PENTING :-DILARANG MENCURI

Adalah dimaklumkan bahawa Dpedas FM akan menyiarkan program bual bicara Konflik Syria MESIR yang menampilkan 2 panel hebat Ustaz Ridzuan Mohd Nor dan juga ustaz Nazim Karim secara langsung dari Masjid Nurul Iman Rawang pada 30/8/2013 selepas Maghrib. Dengan ini Pihak pengurusan DPedas FM melarang mana-mana stesen radio internet yang mengambil atau mengongsi link siaran langsung tersebut TANPA MEMOHON KEBENARAN dari pihak kami. PERBUATAN ANDA ADALAH BERDOSA DAN HARAM dan tidak dihalalkan sama sekali.Jika berminat untuk berkongsi link sila hubungi pihak pengurusan Pn.Rozita di talian 019-2076063. Hanya yang mempunyai kebenaran sahaja dibenarkan menyiarkan siaran tersebut dan kami akan warwarkan juga perkongsian anda. Sekian

Tuesday, 20 August 2013

Senarai CCRIS bagi peminjam PTPTN hadiah baru BN untuk anak muda

CCRIS tu apa? ccris tu stand for central credit reference information system dan sistem ini merupakan pusat rujukan wajib bagi bank-bank untuk semak rekod pembayaran dan pinjaman pelanggan yang memohon kemudahan kewangan ..dan biasanya hanya peminjam yang mempunya rekod yang bersih sahaja diluluskan permohonan dan mestilah tidak mempunyai tunggakan untuk 2 bulan bagi 3 bulan berturut-turut.. jadi jika semakan dibuat ada yang kantoi dgn syarat ini makanya sebarang pinjaman tidak akan diluluskan... jadi inilah cara baru kerajaan BN desak anak muda terus bayar pinjaman PTPTN yang serupa ah long.. (entry lain saya akan terangkan macamna kiraan ptptn tu..) persoalannya bagi siapa yang mempunyai pinjaman dan baru hbs belajar mmg akan gagal dlm urusan pinjaman kerana..PTPTN hantar surat tuntut bayaran selepas sahaja pelajar tamat belajar..dan ada yang masih gagal dapat pekerjaan sesuai bertahun tahun selepas tamat pengajian..siapa je yang bertuah dapat kerja sebaik tamat belajar dgn gaji yang menarik??jadi mmg confirm la nama akan masuk senarai CCRIS sbb kerajaan kata akan dimulakan pada bulan ini dan akan mengikut bilangan tunggakan yang gagal dijelaskan.. makanya siapa yang hanya bayar dgn kadar min sebelum ini juga bakal disenaraikan dlm CCRIS itu sbb PTPTN ada memberi kelonggaran pelajar boleh buat bayaran minimum.. dan juga proses penukaran sistem ujrah yang tidak begitu memberi perbezaan ketara dari segi penjimatan kadar faedah 3% konvensional dan 1% islamic(ujrah)..dgn cara senarai pinjaman ke pusat CCRIS adalah cara terdesak BN untuk kaut pelaburan yang dibuat semasa kempen PRU... tidak dinafikan ada yang mampu jelaskan bayaran PTPTN ini namun bagaimana nasib mereka yang kurang berkemampuan dari banyak segi? Tahniah kepada anak muda yang sokong berani mati UMNO dalam PRU 13.. dan mak bapak yang di kampung kalau selepas ini anak tamat belajar x boleh beli kereta kerana CCRIS PTPTU ni jangan nangis ye.. mmg anda org bijak sbb PR dah offer lupus hutang PTPTN dengan hasil yang begitu banyak untuk negara ini..lepas ni kita tunggu apa lagi hadiah kejutan dari BN... agak2 BRIM 1200 dapat ke x tahun ni..mcm gaya nak kaji semula..para pengkaji buntu cari jalan ..ermmmm selamat berhempas pulas membayar PTPTpu P/S ada kwn2 di bank sudah mula mengeluh dgn idea baru kerajaan ini..sbb kebanyakan pekerja bahagian credit bergantung kepada loan yang diluluskan dan komisyen dibayar atas target yang di capai.. kalau ramai yang ccris alamat sia-sia proses loan...gaji pokok cukup ke bagi executive bank -fresh graduate..gaji bank adik PM basic rm 1750 ..rhb ada yang rm1500...on contract basis x blh claim mileage..dan xda kemudahan lain yg akan dinikmati sebagai pekerja..union pun xda...kena harap duit komisyen kalau capai target la...kalau ramai yg failed permohonan bagaimana kesan industri automotif dan hartanah??? terima kasih BN ..anda menang rakyat senang hahaha

Monday, 19 August 2013

Pengumuman Penting Penukaran Nama Radio

Kami telah bertukar dari KASIPEDAS FM kepada dPedas FM Dan dengarkan kami melalui : http://dpedasfm.blogspot.com/